Wednesday 2 October 2013

tips menghias langsir mengikut jenis2 tingkap


***terjumpa tips n yg sesuai untuk dikongsi dengan semua.....moga2 tips n membantu..





          MENGHIAS tingkap dengan langsir atau bidai memang merumitkan.Tambahan pula tingkap pada masa kini tidak hanya berbentuk empat segikerana semakin ramai pemilik rumah mahukan kelainan.Bentuk tingkap yang lain agak sukar dihias. Berikut adalah beberapapanduan untuk memudahkan anda menyerikan tingkap bersesuaian denganbentuknya.



1) Kecil dan bulat.
Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu. Tingkap bentukini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan dengan kaca bercorak.

2)Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan di tepi pintu. Ia membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu. Tetapi orang ramai yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah.Bagi mengelakmasalah itu, gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.


3)Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau kondominium. Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk keluar ke beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir yang banyakjika hendak menutup dengan langsir.Lebih ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta bolehdibuka dan ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari.Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna atau jenis perabot.

4)Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas tetapiperlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuhlangsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruangantara lantai dan langsir

untuk lebih maklumat dan info yang berkaitan, boleh klik kat link bawah..



x


No comments:

Post a Comment