Friday 3 April 2015

contoh langsir yang da siap...

dah lame x update blog...hehe
edalangsir masih beroperasi seperti biasa...
untuk pelanggan dan bakal-bakal pelanggan, boleh berhubung dengan ieda....whatsapp pon boleh dan amat2 lah dialu2kan (senang)...kalu kita senangkan orang, orang akan senangkan kita..gitu la dop??hehe..
xdop idea dalam memilih?? dun worry..ari ni baru boleh update gambor2 langsir hok siap doh..lame doh siap, tapi sebab xdop masa, makanya hari ni baru boleh update gambor...harap membantu dalam proses memilih.. hehe


TIP CUCI LANGSIR


 Langsir sememangnya mampu menjadi pelengkap dalam dekorasi rumah pun begitu, langsir yang tergantung indah di tingkap rumah sebenarnya dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu. Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar.

Ia juga memerangkap habuk yang datang dari siling serta kipas dan semasa kita membersihkan rumah, habuk akan berterbangan kemudian melekat pada langsir.. Justeru, langsir seharusnya dicuci dengan lebih kerap daripada yang anda sangka. Terdapat 3 cara mencuci yang dapat mengembalikan keserian langsir anda.